saya bakal pengurus liverpool

saya bakal pengurus liverpool

Isnin, 27 Oktober 2008

Rafa's new mission



Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengingatkan anak buahnya bahawa kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas pencabar terdekat, Chelsea pada aksi Liga Perdana England kelmarin tidak akan memberi sebarang makna jika mereka tewas kepada Portsmouth Rabu ini.

Skuad kendalian Benitez itu mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan kelebihan tiga mata selepas jaringan Xabi Alonso di Stamford Bridge kelmarin menghadiahkan tiga mata berharga buat The Reds.

Kejayaan meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea sebanyak 86 perlawanan di gelanggang sendiri dalam saingan liga turut memberi keyakinan besar kepada Liverpool.

Begitupun, Benitez mengakui kemenangan ke atas Portsmouth minggu ini sangat penting bagi mengekalkan momentum mereka.

"Jelas, saya fikir kami perlu bertenang dan mula berfikir tentang Portsmouth," kata Benitez.

"Kami memilih untuk menewaskan Chelsea dan lihat apa yang akan berlaku di Portsmouth. Jika kamu mahu kekal di kedudukan teratas untuk satu tempoh yang lama, kamu perlu menewaskan semua pasukan kerana Chelsea dan United akan terus berada di belakang kami.

"Kami perlu bersedia dari segi mental untuk menentang kelab-kelab terbaik. Untuk menang di sini (Stamford Bridge) adalah sukar bagi semua pasukan dan peminat kami gembira dengan keputusan itu."

Meskipun pengurus United, Alex Ferguson menafikan kejayaan Ahad lalu sebagai satu petanda untuk Liverpool menjadi pencabar utama, Benitez ada alasan tersendiri.

The Reds telah menewaskan United dan Chelsea dalam tempoh tiga bulan pertama musim ini dan kedua-dua kejayaan itu dicatat tanpa kehadiran penyerang Fernando Torres.

Benitez akhirnya memiliki sebuah skuad yang terbaik dan Liverpool berada pada landasan sebenar untuk menamatkan kemarau gelaran Liga Perdana England selama 18 tahun. - AFP

Tiada ulasan: