saya bakal pengurus liverpool

saya bakal pengurus liverpool

Jumaat, 31 Oktober 2008

SYUKUR

aku yang memandang di dalam lubuk hati
mencari cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat
alam meliputi wujud menyertai

lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati

aku mengerti
aku hakiki

segala yang terjadi
di langit dan di bumi

dunianya tiada fantasi
pelik dan benar..
kadaq dan kadar..

kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biarkan
nafsu ku terliur
dari pandangan majazi ini

aku yang bodoh lagi hina
amat benar merindui.....

moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat kupenuhi
moga dapat ku hadang tikaman dari belakang

lidah setajam pisau
ku tidak akan risau

dengan dugaan
cabaran
ku pasrah,ku akur
alhamdulillah

SYUKUR..

Rabu, 29 Oktober 2008

bergerak selangkah


5.40pm
P
etang td lepas keje kitorang lepak mamak.pekena tosei dengan bebudak ni.ramai gak yg ada.aku,idir the big one,sahir the bald,lina the clerk,arnia and family..idir mcm biasa makan2 sambil mengeluarkan kisah2 lawak dia..nak tersedak aku tadi.haha..
tosei macam biasa.masih mengekalkan rasa dan aroma yang sama setiap hari..fuh..

lepas lepak td,kat dalam kete on the way nk balik umah,aku terpikir jap,apa cite brader aku nuar ni.ari tuh kata nak loan dgn aku,nak bukak stall burger dgn air buah.senyap la pulak.tapi burger dia memang sedap beb.chef la katakan.kira melayu ni specialist burger la kat De Palma Ampang masa dia praktikal dulu..tapi aku banyak nasihatkn dia,masa zaman dia terawang2 br grad dulu..ikut nasihat abah.abah nak sangat tgk anak2 buat business.jangan bergantung pada orang.(maksud aku makan gaji la.)

amanah tuh..

....................

7.25 pm
tup tup..nuar bagi sms kat aku kata dia dah order stall.

"kalu modal burgur 2 aku nak amek dlm masa t'dkat nie bleh x..?sbb aku dh suh owang wt stall dh..x jumpa nk cri yg second.."

sejuk hati aku dpat sms tu..rupanya dalam senyap2..dia dengan lobak,his bestfren,cari stall rupanya..aku dengan senang hati plak reply..

"brapa nak pakai?"

dia reply balik...laju je..

"stall jek 500..tp itu stall jek..x masuk brg len lg..tungku..dpur gas,kuali,psau,brang2 lain lg..aku ingat nk dptkan meja lipat dgn kusi skit..aku bajet2 dlm 900 la.."

aku senyum sorang2....

aku senyum sebab dia dah bukakkan hati dan minda dia untuk sanggup bersusah nk blaja niaga from small business.tp dlm masa yg sama aku x nk dia susahkn abah,biar la aku yg tanggung kali ni..lagipun aku makan percent.hahahah!! xdela..

aku bangga sbb abah dah ada pewaris yang dah mulakan langkah untuk blaja berniaga..selepas aku.

tahniah bro..
semoga sukses..

p/s : duit nanti aku bank in..huhu..

5 taktik terbaik pendatang asing menyeludup masuk Malaysia!!


No.5
(dalam beg pakaian..isk...isk...isk...)







No.4
(dalam dashboard kereta...adeh sakitnya otot-otot!)







No.3
(dalam rear seat kereta...macam sardin King Cup pula dia tu...!)




No.2
(dalam enjin kereta...heheh...kulit badak atau unta kah orang ni ah...???)


No.1
(Dalam front passenger seat kereta...kah...kah...kah...!!!!!
Bergeliga betul otak diurang ni tapi kena tangkap juga! Kantoi woi...!!)

Selasa, 28 Oktober 2008



KISAH PEMBALASAN ISTERI CURANG

Kisah ini aku petik dari suatu laman web... Kisahnya benar² menyentuh
hati.
Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman.
Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

"Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya.
Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai,
pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika
berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya,
Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi
wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan
tidak bermaya seperti orang keresahan.

"Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga
anak-anak kita ni!!" jerkah suaminya, Razali sebaik melihat Normah pulang
dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma
berdiri di pintu dan menundukkan muka. Razali sebaliknya terus membelasah
isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di
hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada
sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Razali itu kerana hajatnya
pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke
pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan
anak-anak, Razali menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke
rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Razali, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam
hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah
dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula
api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Razali dan dua anaknya, Iffa, 5, dan
Aina, 2. Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin
hidup bersama kekasihnya.

" Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia
dengannya" demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Razali.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Razali akui sejak
akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik,
sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin.
Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering
pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Razali. Itulah
yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Razali terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit
dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah
lantas menafikannya. Walaupun Razali menekannya dengan cerita dan
bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula
suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu.
Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Razali tidak terurus. Terpaksalah dia
membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya
sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah
rumah di pinggir Kuala Lumpur , tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju
dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia
mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah
ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas
rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan
keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Razali belum tergerak untuk berkahwin lagi.
Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya.
Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Razali juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia
boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan
Normah meninggalkannya, Razali ingin buktikan bahawa tanpa wang yang
banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Razali mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu
bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah
melihat gambar pun mereka benci. Bukan Razali yang menghasut tapi kerana
Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Razali.
Tambahan pula Razali mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut
Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu
bertanya kepada wanita itu.

"Tempat awk di sana !" kata Razali menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik
kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana ,
bertompok sini. "Nak alas, cari sendiri," kata Razali, lalu menyindir
"itupun kalau awak ingat kat mana nak cari...." Normah
ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh
barang-barang. Sementara Razali tidur bersama dua anaknya di bilik lain.
Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina
segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak
berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis
teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam
rumahnya sendiri sementara Razali meneruskan hidup seperti biasa. Mereka
tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak
jauh dari situ.

Ternyata telahan Razali tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut
Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan
dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

"Aku dah agak. Patutlah awak balik...nak suruh aku jadi bapak pada budak
tu, kan ? Nak jadikan aku pak sanggup?" Razali melepaskan paku buah
keras.
"Bukan macam tu bang, saya..." tapi belum pun sempat Normah
menghabiskan cakap, Razali memintas " Saya apa?! Saya tak buat benda
tak senonoh tu?
Budak tu anak aku? Tolong sikit....bila masa aku sentuh badan kamu tu?
Hah?"

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid
untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus
membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun
doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor,
kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan
anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya.. Dia menjadi melukut
di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak
mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Razali menghantarkan dia ke rumah
ibunya. Tentu saja Razali tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan.
Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

"Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik
perut kamu dah besar macam ni. Huh...memang patut pun Razali buat macam
ni.
Kamu derhaka pada dia!" kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati
anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian
merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan
dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning
nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah
tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu
bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan
diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan
badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui
cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih
sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum
dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya
tanpa hujung pangkal.. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang
datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya
dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. " Pak cik tak mahu
nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik
minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu," katanya. Daripada suaranya
itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

"Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat
sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus
ke sana ," jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi
Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang
kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya
ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia
meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan
Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin
disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis
milihat keadaan dirinya.

"Pak cik mana suami dengan anak-anaknya? " saya bertanya bila melihat suami
dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

" Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia
datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak
saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah
elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak," kata Haji
Shafie kesal.

"Dia marah lagi agaknya," saya menyambung.

"Saya tau... kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak
salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya
mengaku,"
tambah Haji Shafie.

"Kalau macam tu," tambah saya," bawa saya jumpa menantu pak cik tu.
Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia."

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji
Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

" Yang sudah tu sudahlah Zali, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,"
Haji Shafie merayu.

" Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik,
mengandung...suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak
muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga
bini, macam-macam lagi orang hina saya...' tambah Razali melepaskan
segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga
tidak sanggup kami mendengarnya.

" Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau ,
tapi dia tengah tenat sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi , Razali tidak
menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah
padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Razali supaya melupakan
perkara yang telah berlalu itu. "Mengampunkan orang lain lebih baik
daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab
dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan," kata
saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan ...Ternyata Razali
sudah berpatah arang berkerat rotan . " Saya tak akan jenguk dan saya
tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! " katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Razali langsung tidak menjengukkan
mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka.
Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak
menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang
mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di
lakukannya selama meninggalkan Razali dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke
Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan
lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang
dengan tiga lelaki telah dia berzina.

"Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan
abang...maafkanlah saya..."dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat
maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang
sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan
lelaki-lelaki terbabit.

"Abang, Iffa, Aina...marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak
nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi
sungai..."
ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan
isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri.
Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti
menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya
orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak
berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita
itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan
diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah
makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta
ampun kepada Razali. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

"Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan
ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan
sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia," kata haji
Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air
mata .

" Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Razali," kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di
beri, akhirnya Razali bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti
terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

" Sudahlah Zali, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan
dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya, " kata
saya semasa Razali hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Razali datang menjenguk, Normah dengan suara yang
amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

"Sa..sa..ya der....haa..ka pada abaaaang.." katanya antara dengar
dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat
tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat
membantu.

"Yalah...."jawab Razali perlahan lantas menyambut tangan Normah.
Reaksinya
masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci
al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila
Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Razali semakin ikhlas
menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat
penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan
penting. Sebelum pulang saya berpesan; " Zali, sekarang ni awak saja yang
boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak.
Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau
tidak biarlah dia pergi dengan aman ".

" Terima kasih ustaz," balas Razali.

Seminggu kemudian Razali datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa
Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang
menginsafkan mengenai pemergian Normah.

"Ustaz," Razali memulakan ceritanya, "Malam tu Cuma tinggal saya dan
anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk
makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir
setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya
dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak."

"Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali.
Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab
tidak sampai hati tengok hati dia menderita."

" Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik
dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi
lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?"

"Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya
pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar.
Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi
bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil
Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa
dukung dan bawa ke luar wad."

"Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi."

"Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada
sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang
lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin,
dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka
'."



Cukup menginsafkan, kan ? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain.
Wallahualam

Makahai!!

Keja
hari ni keje agak membosankan..sebagai seorang kontraktor yang berwibawa,keadaan site yang kosong amatlah menyakitkan mata aku..rimas!!..kat building ada la 4 orang..kat jetty ada la 4 orang..semak mata siot!!

Lepak
Tetapi nasib baik kesesakan mata itu dapat diredakan dengan pekena capati cicah kuah kari kambing..MEMANG MENANGKAP!.hahah..

Wang
malam,cam biasa,cari duit dalam internet.ebook aku mula menampakkan hasil.dah ada beberapa customer yang interested..harap2 lepas ni ramai la lagi yang beli ebook dari aku.murah tu Rm 10 je..mana nak cari buku yang best2 10 hengget..

idir plak tengah bebuih mulut nak menerangkankan pasal projek cili kitorang kat anis.huhuh..tgk la apa hasilnya nanti..

Cili!
satu projek yang baru aku nak belajar2,manja2..agak best gak projek ni..hasil mahsul pun boley tahan..tengok la nanti...

Isnin, 27 Oktober 2008

Rafa's new mission



Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengingatkan anak buahnya bahawa kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas pencabar terdekat, Chelsea pada aksi Liga Perdana England kelmarin tidak akan memberi sebarang makna jika mereka tewas kepada Portsmouth Rabu ini.

Skuad kendalian Benitez itu mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan kelebihan tiga mata selepas jaringan Xabi Alonso di Stamford Bridge kelmarin menghadiahkan tiga mata berharga buat The Reds.

Kejayaan meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea sebanyak 86 perlawanan di gelanggang sendiri dalam saingan liga turut memberi keyakinan besar kepada Liverpool.

Begitupun, Benitez mengakui kemenangan ke atas Portsmouth minggu ini sangat penting bagi mengekalkan momentum mereka.

"Jelas, saya fikir kami perlu bertenang dan mula berfikir tentang Portsmouth," kata Benitez.

"Kami memilih untuk menewaskan Chelsea dan lihat apa yang akan berlaku di Portsmouth. Jika kamu mahu kekal di kedudukan teratas untuk satu tempoh yang lama, kamu perlu menewaskan semua pasukan kerana Chelsea dan United akan terus berada di belakang kami.

"Kami perlu bersedia dari segi mental untuk menentang kelab-kelab terbaik. Untuk menang di sini (Stamford Bridge) adalah sukar bagi semua pasukan dan peminat kami gembira dengan keputusan itu."

Meskipun pengurus United, Alex Ferguson menafikan kejayaan Ahad lalu sebagai satu petanda untuk Liverpool menjadi pencabar utama, Benitez ada alasan tersendiri.

The Reds telah menewaskan United dan Chelsea dalam tempoh tiga bulan pertama musim ini dan kedua-dua kejayaan itu dicatat tanpa kehadiran penyerang Fernando Torres.

Benitez akhirnya memiliki sebuah skuad yang terbaik dan Liverpool berada pada landasan sebenar untuk menamatkan kemarau gelaran Liga Perdana England selama 18 tahun. - AFP

first timer


actually dis is my first blog (on blogspot)..rasa cam pelik je.hahah..ntah apahal..
tadi aku surf internet..bukak2 frenster,tgk pic member2 lama..mana yang kawan skola,mana yang kawan kat uni,mana kawan2 keje..windu beb kat korang..heheh...

kepala aku skang ni tengah srabut..x mandi lagi,bau mcm babi.dr ptg td wat keje,mengadap pc..cari2 bahan yg bulih dibuat duwet.hahaha..
arggh..nak mandi la..

p/s sejak semalam aku dok sengih2 sebab liv beat chelsea! yyyeeoow!!!hahaha..

YNWA