saya bakal pengurus liverpool

saya bakal pengurus liverpool

Jumaat, 11 Jun 2010

let me free



semalam aku sudah creat satu clip video tentang palestin.dah lama jugak plan nak buat benda ni.cuma tiada lagu yang sesuai aku hendak letak.last last jumpa juga.

lagu dari Damn Dirty Apes - Drift Away.lama aku adore band ni punya lagu.kalau duduk sorang sorang dengar lagu ini,mau bunuh diri gamaknya.





aku tak boleh hendak pergi Gaza untuk sama sama hantar barang  barang kemanusiaan tu sebab nama aku kena blacklist dengan PTPTN sebab tak bayar loan.hek hek hek.jadi ini sajalah usaha yang dapat aku buat.harap harap ramai lah yang naik semangat nak bantu palestin.tak dapat bantu dengan kudrat pun takpe,bantu dengan cara lain,

maybe dengan hak kita sebagai pengguna.tak dapat boikot semua,boikot satu pun jadilah.kita buat perlahan lahan.

notakakiriot : aku dah 3 bulan tak makan McD.yang lain lain belum larat lagi.hehehe.jadilah..

Rabu, 9 Jun 2010

taxi driver


Taxi driver atau pemandu teksi,rata rata yang aku pernah jumpa memang perangai macam ini.Peramah.Suka bercerita.Bab kritik jangan cakaplah,memang nombor satu.Kadang kadang aku terfikir diorang jadi macam ini sebab knowledge dia banyak kot.Knowledge dia banyak pula sebab dia jumpa macam macam orang.Dia kutip sana sikit,sini sikit,dia buat kesimpulan,cerita balik dekat penumpang lain.Kira dia ni macam Astro Ananda Krishnan la.Agak agak Ananda banyak tak knowledge macam astro tuh?


ini Ananda anda.kacak bukan?


Aku rasa korang pun dah penah tengok clip ini bukan?ala..yang Khairy Jamaludin berlakon tu.Kelakar juga harun ni.Kira boleh berlakon la..memang mulut jenis membebel.






Houston,kita ada masalah!

Selasa, 8 Jun 2010

Aminah Wahab's Story - The REAL Malaysia Captured on Video 1 of 6

Selain dari kisah kisah hitam putih,aku juga suka dengar cerita-cerita masyarakat.Sebab itu aku suka baca Mastika.Cerita cerita masyarakat ini boleh membuatkan aku tahu keadaan sebenar masyarakat kita yang macam macam perangai ni.Ada yang hiduphappy,ada yang sedih,susah,senang..macam macam la..Tapi aku paling suka dengar cerita orang susah sebab aku macam boleh rasa keadaan diorang nak apply itu apply ini,tertindas..

Kadang kadang aku rasa susah sangat nak hidup,tapi rupanya ada lagi orang yang susah dari aku.insaf woh!

susah juga jadi orang miskin di Malaysia ni.

bukan nak belahkan mana mana pihak,tapi kita dengar saja cerita diorang ini.


ini adalah part 1 dari 6.korang korek lah sendiri.tapi kalau aku rajin hari ini(bermakna mesin aku tidak buat hal),aku upload la nanti.

notakaki: amacam,dah cukup susah ke korang?

Rasa Sayang Re!(mbat)



Lepas rasa sayang hey,kita rasa sayang rey pula.selepas ini rasa sayang ra ra ga ga pun adakalau aku selidik dalam dalam youtube nih..

Rasa sayang hey!




aku jumpa dalam youtube.rasa sayang dalam filem dokumentari belanda Van Persie dolu dolu.


Isnin, 7 Jun 2010

pak guard sekolah mana boleh cuti sekolah sama..


The Girl Who Kicked the Hornet's Nest

tajuk di atas tiada kena mengena dengan entry aku kali ini.harap maklum ye.

sekarang ini cuti sekolah.lama.sampai dua minggu.ini bermakna ekonomi kedai aku akan merudum sebab budak budak akan kurang berpeleseran depan kedai aku.mereka lebih minat nak lepak kedai baby yang ada jual aiskrim paddle pop yang ada offer hadiah psp tu.aku dah beli banyak kali tapi tak pernah dapat.tipu!

ok dah melalut.

hari ini bini aku pergi bawa adik adik dia jalan jalan di melaka.diorang kata nak tengok wayang,masuk muzium,keluar muzium,masuk kedai keluar kedai.budak kecil afinna itu pun ikut sama.itu aku tak berapa kisah.masalah sekarang siapa nak hantar bekal nasik dekat aku?

biasanya,biasanyalah kan,waktu orang kurang ni,posisi aku kebanyakkan masa akan berada di depan kaunter,mengadap laptop,surf internet,buka facebook ala macam la aku tak tahu korang pun sama dekat office tuh.tak baik tau makan gaji buta.nanti lama lama buta hati. (-.-").

yaa..pelanggan no 35 aku sudah datang.aku beransur dulu.

penat gua cari

sebenarnya aku sudah lupa adress blog aku.rupa rupanya andialonso.selepas itu aku terus tukar jadi adibeshak.

senang hendak ingat dalam otak yang lembab *basah* ini.

hehe..karat gila otak tak tahu nak tulis apa.

nantilah..