saya bakal pengurus liverpool

saya bakal pengurus liverpool

Isnin, 7 Jun 2010

pak guard sekolah mana boleh cuti sekolah sama..


The Girl Who Kicked the Hornet's Nest

tajuk di atas tiada kena mengena dengan entry aku kali ini.harap maklum ye.

sekarang ini cuti sekolah.lama.sampai dua minggu.ini bermakna ekonomi kedai aku akan merudum sebab budak budak akan kurang berpeleseran depan kedai aku.mereka lebih minat nak lepak kedai baby yang ada jual aiskrim paddle pop yang ada offer hadiah psp tu.aku dah beli banyak kali tapi tak pernah dapat.tipu!

ok dah melalut.

hari ini bini aku pergi bawa adik adik dia jalan jalan di melaka.diorang kata nak tengok wayang,masuk muzium,keluar muzium,masuk kedai keluar kedai.budak kecil afinna itu pun ikut sama.itu aku tak berapa kisah.masalah sekarang siapa nak hantar bekal nasik dekat aku?

biasanya,biasanyalah kan,waktu orang kurang ni,posisi aku kebanyakkan masa akan berada di depan kaunter,mengadap laptop,surf internet,buka facebook ala macam la aku tak tahu korang pun sama dekat office tuh.tak baik tau makan gaji buta.nanti lama lama buta hati. (-.-").

yaa..pelanggan no 35 aku sudah datang.aku beransur dulu.

Tiada ulasan: