saya bakal pengurus liverpool

saya bakal pengurus liverpool

Selasa, 21 April 2009

after all this month 2


22 april 09
ari ni ari last sayang kat wad.doc dah bg pelepasan,dia kata dah boleh balik dah..sebab bleeding pun dah takde..skang ni aku tengah menunggu pintu kandang dibuka pd pukul 1230 untuk membolehkan kami beramai2 di luar ni masuk ke dalam wad.peh..lama lagi.baru pukul 1143am!..takpe sabar..

pagi tadi sayang call,kejut aku bangun tidur.nak tunggu aku bangun sendiri memang tak dapat la.nak2 plak mlm td besengkang mata tgk bola LIV-ARS.bole plak seri 4-4.8bijik dlm 90 minit.again!berbalik kepada cerita tadi..dia kata dah stop bleeding.dengar2 doc pun bagi mc sampai 8 hari.ni betul2 suruh mengeram.kalau letak telur pun dah boleh menentas aku rasa.heheh..pagi tadi sempat gak dia smsm aku mintak aku bawakkan perfume dia.iyela,anything 4 you sayang.. :)

so,esok aku dah bolehlah g kerja..rizal pun macam dah bengang je kat aku,hehe..sorry la rizal.time ni aku emergency,next time mana la tau ko plak emergency,aku plak cover.hehe..

peha pun dah mendidih sebab menatang netbook nih.aku nak beransur dulu..

after all this month



aku agak malas sebenarnya nak menulis di blog,walaupun hati aku selalu suruh aku conteng sesuatu di blog ini..ini adalah blog pertama aku setelah aku menikahi si dia. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.My family,in law,brother & sister,cousin,frens,orang orang kampung dan sekitar..A BiG THANK yOu!! tanpa korang tak meriah la majlis kami.. :)korang memang best!!

sebulan selepas kami bernikah,my wife disahkan mengandung.memula tuh buat test sendiri..wah,tperanjat beruk aku.so fast!..then,kitorang mcm nak double confirm,next week g klinik plak.MEMANG SAH! she's pregnant dah 5 weeks.WAHH!! bestnye..tak lama lagi nak jadik abah.hahahah..best,best..

17 april 09
she call me from home..suruh aku balik cepat.ada hal katanya.risau aku..buat keje pun malas2 la..ntah apa2 tah aku dah design kat plan.pkl 9pm aku sampai muar,dia kata nak g klinik sbb ada bleeding.GoD! bederau darah aku..

bila sampai je kat klinik,dia masuk,then kluar n bgtau takde apa2 yang berlaku.normal kata dia,walaupun pada aku tak normal.doc kata kandungan still ok.hehe..lega! trus kitorang g giant,shopping sakan,beli soya berkoyan2,coklat,ntah apa lagi..heheh.excited.

sabtu,still bleeding lagi..kami rasa kalau g klinik pun akan dapat jawapan yang sama.so kitorang tak g klinik,tapi g melaka!..aku bawak dia g jalan2..dah lama rasanya tak jalan..kitorang shopping(shopping lagi)..beli buku utk ibu mengandung..sratus lebih jugak la abis kat MPH arituh.

19 april o9
malam tuh aku tengah packing2 nak balik segamat.dia mengadu bleeding lagi..kali ni banyak.mlm tu jugak kitorang ke klinik asia.sampai sana,doc sarankan kita refer ke hospital..

20 april o9
pepagi tu (dalam 7.30) kitorang dah gerak ke hospital pakar muar.bila dah check,sayang kena masuk wad!hah! bukan main merungut lagi dia taknak masuk wad..hhee..aku cakap takpe,rehearsal..hehehe..hari tu dia kena pakai uniform rasmi wad 11.baju pink besar gile,and kain sarong yang aku pun boleh join pakai skali.hehe..dia kata mcm baju kurung kedah! banyak la...
hari tuh aku jaga la dari pagi sampai ke petang.secara tak langsung aku dah memcatatkan rekod peribadi aku.stay di hospital dari pagi hingga ke malam.heh!

21 april 09
pkl 10 aku dah sampai kat wad dia.aku belikan buah anggur mcm semalam.paper kosmo,utusan.takut dia bosan ke..syg kata dia bleeding lagi..taapi kali ni disusuli dengan sakit perut.aku syak sesuatu yang tak kena..harap2 jangan la..tapi dia kata mcm dah putus asa,bleeding tak henti2..kesian aku tengok dia terbaring je kat atas katil.everytime ckp kat aku nak balik..kesian!

dear GOD,saya harap kepadamu selamatkanlah isteri saya..kasihan saya melihat dia..

sayang,apa yang terjadi pun kita kna terima dengan hati terbuka.ada hikmahnya..yang penting sayang sihat..

Khamis, 5 Mac 2009

gangguan saraf


pejam celik,pejam celik..lagi 1 minggu aku nak nikah dah..huhuhu..lagi makin dekat tarikh tu,makin nerbes plak aku..sebelum ni rilek2 je..

aku terbayangkan kehidupan aku selepas masuk "stage baru" ni..adakah lebih mudah,adakah lebih susah.boleh ke aku tanggung anak orang,walau hakikatnya aku sanggup tanggung kerana cintakannya..mana aku nak tinggal,rumah banglo besar ke bawah kolong je?nak dok jauh2 ke nak dok bekepit?

minggu ni adalah minggu yang resah buat aku,aku harap segala galanya berjalan dengan lancar.insya allah..help me god..

di kesempatan ini,aku nak ucapkan trima kaseh kat abah,mama,atok abah,atok mak,ayno,nuar,luqman,syasya,cikli,cikyo,tok chik..bla..bla..semua semua la..u know who you are.takde korang semua majlis ni takkan ada..terutamanya abah n mama.kalo diorang x restu,apa kejadahnya aku ni nak kawen,ye tak?

harap2 kami akan kekal bahagia selamanya..amin...

Khamis, 19 Februari 2009

dear god





bismillahirrahmanirrahim..

dear god..

i just love this girl..
please do not seperate us..
she is so nice
to me
to my family
she is so kind
she is so funny
she is so happy
she is so loyal to YOU
she is so patient with my attitude..
i am so melted with her stare..

oh dear god..
i know u heard my wish..

i hope my wish will come true..
my happiness will lasts forever
with her..

walhamdulillah hirabbil alamin...

assalamualaikum (copy from frenster blog)

lama dah aku tak menaip..rasa keras je jari2 ni..agak kekok bila bukak blog sendiri.kebelakangan ni aku jarang menulis.aku tengah musim layan baca2 blog orang,baca 'diari hidup' mereka,sipa yang mereka suka,marah,geram,ada hati..semuanya diorang luah kat alam maya ni..

tak sampai sebulan lagi (15 mac 2009) aku dah nak kawen dah.persiapan pun insya allah semua dah tersedia.alhamdulillah kerana ada keluarga dan rakan2 yang membantu.terima kasih aku ucapkan,walaupun aku ni jenis agak ketat nak ckp terima kasih kat orang,especially depan2 diorang la.ntah...

aku sebernarnya terkenangkan kawan2 aku yang kat maahad muar,aku sedar sejak 4-5 tahun ni aku agak menyisihkan diri dari mereka.that was hard at that time.ramai yang roger aku,tapi aku buat2 tak layan,x dengar,x join.aku pun tak tau kenapa aku camtu..lebih suka menyendiri..

to all my maahad fren,i miss the moment masa kita buat bbq kat umah sanggam,bad,toroi,even kat umah aku sendiri.aku rindu nak jumpa korang sbnrnya..tp kerja membataskan kita semua.masing2 dah ada family,dah kerja jauh2..tak bestnye jadik dewasa..

aku harap2 sangat kawan2 aku dapat datang ke majlis aku,sebab tu je la aku rasa jalan yang aku ada nak jumpa korang semua.u know who u are..

jadi,sebelum aku nak bernikah ni,aku nak minta maaf pada semua kawan2 aku yang mana terasa hati,bengang,marah kat aku.aku tau aku lupa pada korang yang selama ini jadi sbahagian dr my life jigsaw.

to all maahad muar boys,thank you for being my best fren.hope it will last forever..

:)

Isnin, 10 November 2008

Kalau dah boring..



bosan nak mampos...camni la jadiknye..

Jumaat, 31 Oktober 2008

SYUKUR

aku yang memandang di dalam lubuk hati
mencari cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat
alam meliputi wujud menyertai

lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati

aku mengerti
aku hakiki

segala yang terjadi
di langit dan di bumi

dunianya tiada fantasi
pelik dan benar..
kadaq dan kadar..

kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biarkan
nafsu ku terliur
dari pandangan majazi ini

aku yang bodoh lagi hina
amat benar merindui.....

moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat kupenuhi
moga dapat ku hadang tikaman dari belakang

lidah setajam pisau
ku tidak akan risau

dengan dugaan
cabaran
ku pasrah,ku akur
alhamdulillah

SYUKUR..